Merajuk Ja Lebih
Ehem. ni post yang ketiga dalam bulan ni. Jadi rajin pulak nak update , update dan update post. Well, selalu kena tinggal dekat rumah macam ni la jadinya. Awak yang tengah baca ni sihat dokk? Kami dekat sini sihat - sihat je. Malah terlebih sihat sebab selalu makan banyak. Nanti lama - lama jadi ..... *kembung pipi*.
Ok, back to the topic. -Merajuk- . Sejak kebelakangan ni Sarah memang kuat merajuk. Tak tahu kenapa. Maklumlah perempuan kan. Tapi kan, kalau Sarah merajuk nak ok balik mesti ambik masa yang lama. kekadang sampai seminggu paling lama la.. Paling cepat pon pada keesokan harinya. Teruk kan? Susah jugak nak kawal perasaan sensitive ni.
Disebabkan perkara yang sangat kecil pun Sarah merajuk. Contohnya macam hari tu Sarah nak tengok tv 2, tapi abang Sarah nak tengok tv 4. Kami bergaduh la macam lawan tukar channel. Last-last abang Sarah yang menang. Sarah terus merajuk. Kadang-kadang rasa macam budak-budak pun ada.
Sarah kalau merajuk Sarah diam je. Kalau tak cakap sepatah, diam seribu bahasa tandanya Sarah merajuk la tu. Sarah akan nangis dulu, tapi sekejap je. Sarah duduk sorang-sorang peluk teddy bear. Rasa macam budak-budak pun ada. Perangi Sarah dekat rumah memang macam budak-budak. Tapi kalau dekat sekolah macam remaja la. Dekat rumah lebih kepada watak periang. Kalau dekat sekolah selalunya Sarah ni jadi pendiam.
Sarah nak la ubah perangai ni tapi tak boleh. Sometimes nak la jugak kongsi benda ni dengan orang lain, tapi Sarah tak tahu siapa. Okey la setakat sini saje. Malas nak tulis banyak-banyak. Tata ;)
Older Post ✿ Newer Post